MENCERITAKAN detik-detik awal pembabitannya dalam dunia perniagaan bicara Kak Kay atau nama penuhnya Datuk Kamaliah Abdul Halim pengasas produk kecantikan Rzac Kosmetik, dirinya cukup obses dengan dunia kecantikan. Sedari umur 12 tahun lagi, beliau sudah terdedah dengan hal-hal kecantikan. Malah sejak tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia anak kelahiran Perak ini sudah merangka strategi memulakan bisnes menjual produk kecantikan.
Bagaimana pun bertemu jodoh dalam usia muda iaitu 21 tahun menyebabkan Kak Kay terpaksa mengikut suami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pun begitu, beliau tidak hanya sekadar menemani suami sebaliknya wanit akecil molek ini mula menjalankan perniagaan nasi lemak di kalangan pelajar bagi mengisi masa yang ada.
"Segalanya bermula ketika mengikut suami melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). Ketika sampai di UK, perasaan bangga dan gembira memang ada. Apa tidaknya, walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris, namun saya masih mampu menjejakkan kaki ke sana. Bagi mengisi masa yang ada selain mencari pendapatan sampingan, saya menjual nasi lemak kepada plejar di sana. Hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli alat solek, melancong dan memnuhi keperluan asas di sana," luah Kak Kay yang satu ketika dahulu pernah bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan.
Sekembalinya ke tanah air, beliau terbaca dalam iklan di majalah Mingguan Wanita bahawa sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan dari luar negara memerlukan pengedar. Lantas, tanpa bertangguh, dirinya mengambil peluang tersebut dan memohon untuk membuka cawangannya di Butterworth.
"Ketika itulah, saya dikehendaki membayar sebanyak RM10,000. Disebabkan tidak cukup wang ketika itu, saya terpaksa meminjam daripada ibu bapa selaim membayar kepada pihak syarikat berkenaan secara ansuran sebanyak empat kali. Akhirnya, saya berjaya membuka sebuah kedai dan tidak sangka jualannya cukup laris dan membolahkan saya membuka salun. Oleh kerana tidak mahu bergantung kepada produk orang lain sahaja, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk mencipta produk sendiri kerana sudah ada pengalaman," kata Kak Kay yang memulakan bisnes sendiri dengan berbekalkan modal simpanan sendiri sebanyak RM5000.
Produk terawal yang dihasilkan berupa produk sabun muka, pelembap dan pembersih. Bagi memastikan produk ini terjual, beliau menjual sendiri dari rumah ke rumah. Ketika ini dia tahu bukanlah mudah sebenarnya untuk menarik hati pelanggan, namun dia tidak pula berputus asa. Daripada hanya empat produk awal dan menyewa lot kedai, kini bangunan tiga tingkat menjadi miliknya yang menyediakan spa, pusat kecantikan dan penjualan produk jenama Rzac Kosmetik dan Reenzac Kosmetik.
"Alhamdulillah, ia merupakan 'langkah kanan' kami dalam bidang ini dan sedikt demi sedikit produk Rzac mula diterima pengguna. Jika tahun 2000, kami hanya mengeluarkan empat produk, tetapi kini Rzac tampil hampir 200 jenis produk di pasaran, merangkumi penjagaan muka dan badan, perawatan spa dan yang terkini, rangkaian kosmetik yang kami namakan Dkay Colour Beauty."
Bukan itu sahaja, rangkaian penggedarannya yang meluas juga telah membolehkan syarikat beliau memiliki lebih daripada 1000 orang pengedar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan tidak ketinggalan Brunei. Beliau juga turut membuka cawangan di Bertam, Kepala Batas dan berbangga keranan memiliki sebuah kilang yang telah pun mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) selain memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
"Alhamdulillah, ia merupakan 'langkah kanan' kami dalam bidang ini dan sedikt demi sedikit produk Rzac mula diterima pengguna. Jika tahun 2000, kami hanya mengeluarkan empat produk, tetapi kini Rzac tampil hampir 200 jenis produk di pasaran, merangkumi penjagaan muka dan badan, perawatan spa dan yang terkini, rangkaian kosmetik yang kami namakan Dkay Colour Beauty."
(Sumber :: Majalah Mingguan Wanita Edisi Berkembar Aidilfitri)