POTENSI sektor penternakan lembu yang tinggi
mendorong ramai menceburinya, ditambah pula pelbagai insentif disediakan
kerajaan dalam bidang berkenaan untuk memenuhi permintaan terhadap daging dalam
negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk import.
Peluang itu turut direbut dua belia di Negeri Sembilan, Syed Shareezally Syed Aualadali dan rakannya, A Halim A Rahman yang tidak mengendahkan semua tanggapan negatif dikaitkan dengan sektor pertanian.

Mereka berdua bertekad meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan untuk
mengusahakan projek penternakan lembu secara fidlot.
Bukan saja menternak, mereka yang pernah bekerja makan gaji dengan organisasi ternama juga melakukan pemasaran sendiri daging proses melalui kedai konsep butik dinamakan 'Daging Segar' beroperasi di Taman Komersial Senawang, sejak Jun tahun lalu yang turut menjual pelbagai produk sejuk beku berasaskan daging.
Kedai berkonsep moden yang berhawa dingin, bersih dan selesa dengan konsep penjualan daging yang jarang dilihat di negara ini, kian mendapat sambutan bukan saja di kalangan penduduk sekitar Seremban, malah luar, termasuk Kuala Lumpur.
Mereka yang berkongsi usia 36 tahun menggunakan modal sendiri memulakan projek penternakan komersial lebih setahun lalu dengan memajak tanah terbiar penduduk kampung di Seri Menanti, Kuala Pilah untuk membuka ladang ternakan.