tag:blogger.com,1999:blog-91924061173993046412024-03-13T14:32:31.269-07:00Usahawan BerjayaUnknownnoreply@blogger.comBlogger13125tag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-40811839443867204572011-12-01T00:05:00.001-08:002011-12-01T01:07:19.207-08:00SIHAT DAN LANGSING DENGAN NONA ROGUY
Datin
Sharifah Anisah bt Tan Sri Dato’ Profesor Syed Agil Barakbah, Pengasas dan
Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau
mendapat pendidikan awal di Negeri Kedah, Perak dan Johor. Merupakan pelukis
impressionis, Datin Anisah pernah memenangi beberapa pertandingan melukis
peringkat nasional. Beliaulah wanita Melayu pertama yang ditawarkan biasiswa
untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni halus di Royal Academy of Fine
Arts, Munich, Germany dan lulus dengan ijazah sarjana muda dengan
kepujian.
Desakan dan permintaan kawan serta kenalan yang tidak putus-putus
mengharapkan bantuan perubatan herba dan rawatan tradisional Melayu pada sekitar
tahun 1965 telah mendorong beliau menukar haluan kerjaya. Keberhasilan
"perawatan" yang diberikan kepada mereka itu mendatangkan kesedaran kepada Datin
Anisah-bahawa beliau telahpun mewarisi ilmu dan kemahiran perubatan herba dan
perawatan tradisional yang diperturunkan daripada leluhurnya, yang dapat
dijejaki sehingga 800 tahun lalu, bermula dari Hadramaut-Yaman, menyelusuri
wilayah di China, India, dan berkembang ke Solo Palembang, Siak, Acheh, dan
Jambi dan sampailah ke Kedah Darul Aman.
Pada ketika itu, ramuan yang diberikannya
lebih dikenali sebagai "Ubat Mak Tuan" atau "Ubat Kak Pah". Sifat suka
menolong dan mengambil berat akan kebajikan insan lain yang dianugerahkan Tuhan
kepadanya telah mempertajam upaya beliau.Dari semasa ke semasa, beliau berusaha
memperdalam ilmu dalam bidang perawatan dan perubatan herba., yang mana
sebahagian besar yang menerima rawatan daripadanya berhasil meningkatkan kualiti
hidup mereka.
Bermula dengan meramu
herba di dapur rumahnya, beliau menjalankan perawatan pengantin dan penjagaan
ibu dalam pantang bersalin. Beliau juga merawat masalah sakit puan seperti
ketumbuhan fibroid, ketidaksuburan, ketidakseimbangan hormon, dan lemah tenaga
batin. Mereka yang menerima perawatannya terdiri daripada masyarakat berbilang
bangsa. Pada tahun 1983, beliau membuka sebuah pusat rawatan kesihatan dan
kecantikan di Ampang. Dengan jenama Sari Rapi, beliau menawarkan rawatan spa
medic (spa perubatan) dan spa wellness (spa kesihatan) kepada para
pelanggan. Pada ketika itu, "spa" belum pun wujud di pasaran Malaysia. Di situ
beliau memperkenalkan "jamu Melayu" atau lazim disebut "ubat kampung" sebagai
amalan kesihatan, yang mana sebelum ini hanya terdapat di desa-desa.
Pada tahun 1990, beliau
berpindah ke Damansara dan memperbesar pusat rawatannya. Pada tahun 1991, dalam
seminar Herba Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), pusat rawatan
beliau telah dikenal pasti sebagai model pengendali spa melayu. Beliau telah
menubuhkan Kumpulan Syarikat Nona Roguy pada tahun 1993 bagi menjalankan
aktiviti pemasaran dan perawatan dibawah jenama Nona Roguy, yang dalam bahasa
Sanskrit bermaksud "bebas daripada penyakit". Kakanda beliau, Sharifah Rogayah
pula dipertanggungjawabkan atas pengeluaran produk di kilang mereka-Mustajab
Industries- di Alor Setar, Kedah.
Pada tahun 1995, beliau
membuka gedung herba Nona Roguy di Bangsar Baru yang beroperasi dengan kaedah
jualan langsung. Sebuah pusat rawatan kesihatan dan kecantikan turut dibuka di
Taman Tun Dr Ismail. Pusat rawatan tersebut seringkali dipilih oleh Kementerian
Kesihatan sebagai model spa Melayu dan menjadi tempat lawatan serta rujukan bagi
pegawai kesihatan daripada pelbagai organisasi, seperti Badan Kesihatan Sedunia
(WHO) dan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Datin Anisah bersikap
serius dan pragmatik untuk merungkai rahsia perubatan Melayu dalam konteks sains
dan perubatan moden. Beliau memanfaatkan rujukan daripada pelbagai sumber bagi
mengkaji dan mendapatkan kefahaman serta perbandingan antara perubatan
tradisional dan perubatan moden. Tanpa was-was atau segan silu, jauh sekali
daripada sikap akomodatif, beliau sentiasa mempelawa para penyelidik menjalankan
kajian saintifik dan klinikal bagi menganalisis keberkesanan produk herba
keluaran syarikat beliau. Setakat ini penyelidikan berkaitan masalah fibroid dan
sakit meroyan telah pun berjaya dilaksanakan. Atas pengalaman luas dan kefahaman
yang mendalam berkaitan bidang ini, beliau sering disebut sebagai jambatan
terakhir bagi menghubungkan falsafah dan prinsip perubatan tradisional Melayu
dengan dunia perubatan moden.
Sehubungan itu, beliau
kerap diundang memberikan syarahan di beberapa Universiti tempatan seperti
Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Beliau turut memberikan ceramah di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital
Bersalin Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
dan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. Datin Anisah juga dijadikan pakar rujuk
dalam bidang perubatan herba dan perawatan tradisional di beberapa organisasi,
termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau
diundang menyertai pelbagai persidangan antarabangsa dalam bidang berkaitan
antaranya di London, Los Angeles, Hua Hin, Hawaii, Paris, Nairobi, Beijing,
Bangkok, Jakarta, Brunei, Singapura dan Australia.
Datin Anisah sering
muncul dalam media elektronik dan cetak bagi membincangkan bidang kepakarannya.
Media tersebut termasuklah yang berpusat di luar negara, yang mana beliau telah
ditemuramah berulang kali oleh beberapa stesen televisyen dalam liputan lintas
langsung ke Jepun, Jerman, England dan Perancis. Aktif dalam dunia niaga,
Datin Anisah sentiasa beriltizam untuk menobatkan identiti produk dan spa Melayu
di peta dunia. Perkara ini menjadi nyata apabila beliau mengembangkan cabang
baru dalam perniagaan Kumpulan Syarikat Nona Roguy. Satu perkongsian bistari
dimeterai dengan kumpulan YTL yang begitu menyanjungi kekayaan ilmu Melayu.
Nona Roguy dan produknya
menjadi teraju perkhidmatan Spa Melayu buat julung-julung kalinya di resort lima
bintang seperti di Pangkor Laut (Perak), Tanjung Jara (Terengganu), Cameron
Highlands dan Kuala Lumpur. Perkhidmatan tersebut mendapat sambutan
antarabangsa, sehingga memperoleh undangan mengadakan demonstrasi dan promosi di
The Harrods, London pada Jun 2006, dan telah pun menerima undangan kedua untuk
tahun 2007. Bagi melangsungkan
warisan ilmu Melayu, Datin Anisah menyusun strategi khusus iaitu dengan
menawarkan kursus dan latihan secara formal. Ini dimulai dengan bidang urutan,
rawatan terperinci selepas bersalin dan Spa Melayu atau seni andaman, selain
ceramah berkaitan ilmu herba dan khasiat produk yang diberikannya dari semasa ke
semasa kepada ahli Nona Roguy di seluruh negara. Beliau turut memberikan khidmat
konsultasi penyakit, kesihatan dan kecantikan serta motivasi dalam perniagaan
kepada mereka yang memerlukan bimbingan dan nasihat dalam bidang perubatan dan
perawatan Melayu.
Dalam bidang penulisan
pula, beliau banyak menghasilkan makalah, dan buku kecil berkaitan perubatan
herba dan penyakit, terutama yang berkaitan dengan sakit puan. Datin Anisah juga aktif
dalam persatuan yang terlibat membangunkan industri perubatan tradisional serta
industri kecil dan sederhana negara. Beliau menjawat gelar Naib Presiden
(Pengamalan) dalam Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS),
dan Timbalan Presiden bagi Small Scale Industries Association of Malaysia. Atas kepakarannya, Datin
Anisah telah dilantik sebagai ahli panel bagi Pembentukan Standard dan Kriteria
Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Panel Pakar Pembangunan NOSS/NOCC - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK),
Kementerian Sumber Manusia, dan ahli Panel Penilai Bidang Perubatan dan Sains
Kesihatan di bawah naungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan
Kualiti (QAD), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Antara bidang tugas dan
tanggung jawab beliau ialah membangunkan piawai dan kurikulum untuk pembelajaran
dalam bidang tersebut.
Atas jasa dan khidmat
membangunkan industri herba negara, Datin Anisah diberikan pelbagai anugerah dan
pengiktirafan, antaranya Jatiwanita, sempena Perhimpunan Agung Umno (tahun
2003), yakni sebagai usahawan wanita dalam bidang bioteknologi, Anugerah
Usahawan Inovasi, daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; dan dilantik
sebagai Senator Kehormat dalam Dewan Senat Utah, Amerika Syarikat pada tahun
2001.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-85823134026118112002011-11-12T04:19:00.001-08:002011-11-30T22:20:48.308-08:00KAK KAY BERSEDERHANA WALAUPUN MAMPU BERI KESENANGAN
MENCERITAKAN detik-detik awal pembabitannya dalam dunia perniagaan bicara Kak Kay atau nama penuhnya Datuk Kamaliah Abdul Halim pengasas produk kecantikan Rzac Kosmetik, dirinya cukup obses dengan dunia kecantikan. Sedari umur 12 tahun lagi, beliau sudah terdedah dengan hal-hal kecantikan. Malah sejak tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia anak kelahiran Perak ini sudah merangka strategi memulakan bisnes menjual produk kecantikan.
Bagaimana pun bertemu jodoh dalam usia muda iaitu 21 tahun menyebabkan Kak Kay terpaksa mengikut suami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pun begitu, beliau tidak hanya sekadar menemani suami sebaliknya wanit akecil molek ini mula menjalankan perniagaan nasi lemak di kalangan pelajar bagi mengisi masa yang ada.
"Segalanya bermula ketika mengikut suami melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). Ketika sampai di UK, perasaan bangga dan gembira memang ada. Apa tidaknya, walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris, namun saya masih mampu menjejakkan kaki ke sana. Bagi mengisi masa yang ada selain mencari pendapatan sampingan, saya menjual nasi lemak kepada plejar di sana. Hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli alat solek, melancong dan memnuhi keperluan asas di sana," luah Kak Kay yang satu ketika dahulu pernah bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan.
Sekembalinya ke tanah air, beliau terbaca dalam iklan di majalah Mingguan Wanita bahawa sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan dari luar negara memerlukan pengedar. Lantas, tanpa bertangguh, dirinya mengambil peluang tersebut dan memohon untuk membuka cawangannya di Butterworth.
"Ketika itulah, saya dikehendaki membayar sebanyak RM10,000. Disebabkan tidak cukup wang ketika itu, saya terpaksa meminjam daripada ibu bapa selaim membayar kepada pihak syarikat berkenaan secara ansuran sebanyak empat kali. Akhirnya, saya berjaya membuka sebuah kedai dan tidak sangka jualannya cukup laris dan membolahkan saya membuka salun. Oleh kerana tidak mahu bergantung kepada produk orang lain sahaja, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk mencipta produk sendiri kerana sudah ada pengalaman," kata Kak Kay yang memulakan bisnes sendiri dengan berbekalkan modal simpanan sendiri sebanyak RM5000.
Produk terawal yang dihasilkan berupa produk sabun muka, pelembap dan pembersih. Bagi memastikan produk ini terjual, beliau menjual sendiri dari rumah ke rumah. Ketika ini dia tahu bukanlah mudah sebenarnya untuk menarik hati pelanggan, namun dia tidak pula berputus asa. Daripada hanya empat produk awal dan menyewa lot kedai, kini bangunan tiga tingkat menjadi miliknya yang menyediakan spa, pusat kecantikan dan penjualan produk jenama Rzac Kosmetik dan Reenzac Kosmetik.
"Alhamdulillah, ia merupakan 'langkah kanan' kami dalam bidang ini dan sedikt demi sedikit produk Rzac mula diterima pengguna. Jika tahun 2000, kami hanya mengeluarkan empat produk, tetapi kini Rzac tampil hampir 200 jenis produk di pasaran, merangkumi penjagaan muka dan badan, perawatan spa dan yang terkini, rangkaian kosmetik yang kami namakan Dkay Colour Beauty."
Bukan itu sahaja, rangkaian penggedarannya yang meluas juga telah membolehkan syarikat beliau memiliki lebih daripada 1000 orang pengedar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan tidak ketinggalan Brunei. Beliau juga turut membuka cawangan di Bertam, Kepala Batas dan berbangga keranan memiliki sebuah kilang yang telah pun mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) selain memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
(Sumber :: Majalah Mingguan Wanita Edisi Berkembar Aidilfitri)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-64830287273525496872011-11-11T19:44:00.001-08:002011-11-30T22:21:49.874-08:00DATO' AZLINA - KEGAGALAN LALU BUATNYA KENTAL GENGGAM KEJAYAAN
Di hadapan mahligai bernilai RM14 juta hasil usaha gigih
DIRINYA ikon wanita malah pelbagai anugerah yang dimenangi melonjak namanya gah antara usahawan wanita tersohor negara ini. Ideanya membangunkan syarikat bermula dari satu, D'Navechee Beuty (M) Sdn. Bhd dan kini berkembang menjadi kepada 24 buah syarikat yang bernaung di bawah lembayung DCL Group.
Pencapaian hebatnya tidak setakat di Malaysia sahaja tetapi diperkembangkan juga ke negara luar seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Dubai dan China. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Di sebalik kejayaan bergelar jutawan, Dato' Azlina Che Abdullah dan suami, Dato' Stapa Haji Omar, berkongs kejayaan mereka selain mengakui peranan pengiklanan uang melonjak kejayaan syarikat.
"Alhamdulillah, ALLAH membuka pintu rezeki saya melalui penyakit yang saya alami sendiri. Bila melahirkan anak dan menghadapi masalah fibroid, saya lebih banyak berehat dan menonton tv. Sambil itu sempat berangan-angan, suatu hari nanti produk saya juga akan memasuki majalah. Hinggalah satu hari, saya mendapat idea untuk mengeluarkan produk pertama D' N Hans pada thun 2001 yang bukan sahaja mampu merawat penyakit tetapi juga mampu menganjalkan kulit wajah tetapi lebih muda. Malah nama syarikat juga saya peroleh dengan menggabungkan nama saya D'Na dan Vechee yang diambil daripada bahasa Perancis."
"Ketika itu saya memikirkan apa mekanisme terbaik untuk mempromosikan produk dan jawapannya adalah pada majalah Mingguan Wanita. Mula-mula iklan, saya hanya mampu membayar untuk ruangan Iklaneka sahaja dengan kos RM900 sebulan. Maklumlah dulu-dulu nampak biasa-biasa sahaja. Muka pun biasa-biasa sahaja, pakai blazer lagi," katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Dato' Azlina terus rancak bercerita bagaimana beliau mula mengeluarkan produk D' N Hans yang mana produk ini telah menjalani pembangunan dan penyelidikan ketat bagi memulihkan kesihatan luaran dan dalaman wanita. "Saya sendiri menjadikan diri sebagai testimonial yang mana saya meminta doktor untuk bersalin secara pembedahan ketiga melahirkan anak ketiga, biar pun saya mampu bersalin normal. Bila saya memakannya, air susu sangat banyak, proses menurunkan berat badan juga sangat menakjubkan. Ternyata ia membawa satu revolusi baru dalam produk kesihatan dan kecantikan apabila ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna semua," katanya secara berterus-terang memberitahu beliau hanya mengeluarkan kos pengiklanan sebanyak RM900 sebulan dan ternyata untung diperoleh ketika itu mencecahbsehingga RM500,000 sebulan.
"Saya cukup berbangga kerana syarikat D'Navechee merupakan pelopor kepada produk makanan kesihatan dan kecantikan dan respon daripada pengguna sangat bagus." Malah sehingga kini, pengguna-pengguna produk D'Navechee mencecah 1 juta orang sebulan. Mengakui konsep pengiklanan yang berkesan, Dato' Azlina kemudiannya menambah jumlah muka surat kepada 1/2, 2 muka surat daripada semasa ke semasa dan pernah mencecah 5 muka surat. Tambah Dato' Azlina, beliau pernah mengeluarkan RM20,000 sebulan untuk iklan dan ternyata rezeki beliau cukup murah apabila pendapatan diperolehi syarikat mencecah RM2 juta sebulan.
Pose menarik daripada pasangan bahagia ini
Memberikan kata-kata nasihat kepada para usahawan yang baru memulakan perniagaan, Dato Azlina memberi pesanan, "Apabila berniaga, kita jangan terlalu memikirkan keuntungan besar dahulu. Sesetengah orang sangat takut untuk melaburkan duit ke arah pengiklanan dan menggunakan strategi lain, tetapi sayang berat mulut untuk mempromosikan produk mereka. Cara paling mudah ialah memilih pengiklanan kerana pengguna yang menyakini produk akan bercerita dari mulut ke mulut," katanya berkongsi rahsia kejayaan.
(Sumber :: Majalah Mingguan Wanita Edisi Berkembar Aidilfitri)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-27398843819616604922011-11-10T19:52:00.001-08:002011-11-11T20:17:56.685-08:00OKU JADI JUTAWAN
KANGAR 28
Dis. - Sukar untuk mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yang
disumbangkan oleh persatuan Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M.
Kumaran, 48, berusaha gigih dan kini bergelar jutawan. Soal percaya
atau tidak, terserahlah kepada khalayak.
Duit RM10
itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para
Estet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat. Wang itu
dipinjamkan sebagai duit tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti Kursus
Usahawan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini. Kumaran
diberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat
diselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18
tahun iaitu pada tahun 1979. Waktu
kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepas
menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.
"Mulai
tahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat
duduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan.
Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi. Ketika
itu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah,
Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Apabila diajukan
soalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak
bersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang
amat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya,
tetapi gagal."
Berikutan kecelakaan
tersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan
lanjut selama 10 hari. Ketika di
hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehingga
berjaya, kecuali kaki kiri.
"Doktor
tidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu
hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan,
sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.
Setelah kaki
kiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan
hatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan
sebatang tongkat kayu untuk berjalan. Namun
begitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun kemudian beliau
membelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu. Berbekalkan
kaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja di
stesen minyak sebagai juru pam.
"Ketika
asyik mencari kerja, saya yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti Kursus
Usahawan selama 14 hari di Kangar. Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4B
bagi pinjaman RM10. Selepas
mengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Saya
memperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan. Selain
modal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di
Medan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.
Di premis
itu, Kumaran memulakan perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar,
diikuti membuat tanda nama berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaan
menggunakan tanda nama seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada 1983. Setelah
melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidak
mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah
Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tanda
nama berharga RM1,200.
"Mesin
tanda nama yang disumbangkan oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masih
ada," ujar beliau sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya di
Perusahaan Cahaya Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, Medan
Bazar Kangar. Selain
premis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni Sdn.
Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.
Satu lagi
syarikat milik Kumaran ialah Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di Jalan
Jubli Perak, juga di Kangar. Perkhidmatan
yang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak, barangan
cenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan iklan. Di
ketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk empat OKU
yang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan. Selain sibuk
menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini juga
aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeri
asalkan sah.
Hasil
kegigihan Kumaran sejak berusia 18 tahun, beliau yang mendirikan rumah tangga
dengan K. Kumutha Devi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadis
berusia 22 tahun dan Kanimoli pula berumur 20 tahun manakala anak lelaki
bongsunya, Paventhan, 17. Kanmani kini
menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti
pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di
Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sekarang,
Kumaran memiliki dua kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios. Ditanya
mengenai rumahnya pula, jutawan itu mengakui memiliki lapan buah, iaitu satu
daripadanya dijadikan kediaman sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan. Apabila
diminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh
rumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata: "Tiga
kedai itu setiap satunya berharga kira-kira RM500,000 berbanding sewaktu dibeli
RM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara RM180,000 hingga RM380,000
sebuah."
Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari persatuan
Belia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran berkata,
ia sudah dibayar balik.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-45565182465004043762011-11-10T19:39:00.001-08:002011-11-10T19:47:02.678-08:00PERNAH AMBIL UPAH RM220 SEBULAN, SEKARANG JADI IDOLA PENEROKA
Empayar Tauke Lembu
RAUT wajahnya yang tegas dan tampak sombong
membuatkan kami berfikir dua kali untuk menemuramah individu digelar 'Jutawan
Felda' oleh majoriti masyarakat Felda Umas di Tawau, Sabah, ini. Namun, sebaik
beliau mula berbicara, hilang segala prasangka awal yang bermain di fikiran.
Personaliti pilihan sisipan Inspirasi minggu ini, Amarullah Sudin, 53, penuh
sifat dedikasi serta merendah diri yang amat disenangi oleh masyarakat Felda
Umas. Biarpun mendiami banglo yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta serta
dilimpahi nikmat hasil perahan keringat, Amarullah tidak pernah bersikap
‘hidung tinggi’.
Menyimpul kejayaan diraihnya selama ini sebagai petani moden, ternyata isteri
tercinta, Muniati Asnawir, 45, menjadi tulang belakang kepada kejayaannya dalam
bidang pertanian, penternakan dan pembinaan.
Berkongsi cerita, Amarullah, Muniati bagi dirinya adalah perancang kewangan dan
ekonomi terbaik untuk keluarga hingga membolehkan beliau berjaya sejak mula
menjadi peneroka pada 1990. Isterinya menguruskan segala hal kewangan serta
menggalakkan mereka berjimat-cermat dengan membeli mengikut keperluan bukan
keinginan.
Besar pengaruh isterinya hingga Amarullah terkenang insiden kehilangan lima
ekor lembu ketika mula berjinak-jinak menjadi penternak pada 2000. Kejadian itu
menimbulkan kemarahan Muniati lalu mendorong Amarullah berusaha mengganti
semula lembu yang hilang.
“Jika diingatkan memang ia satu peristiwa sedih. Namun, menjadi lucu kerana
saya terpaksa berbohong dengan isteri dan memberitahu lembu yang hilang sudah
ditemui semula. Sedangkan, saya terpaksa membeli lima ekor lembu baru untuk
menggantikan yang hilang itu. Namun, saya tidak pernah menyalahkan isteri atas
kemarahannya itu kerana isteri risau saya tidak ada pengetahuan dalam bidang
penternakan.
Selepas peristiwa itu, saya terus mengikuti kursus
penternakan lembu di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Saya mula bertatih dan
sekarang, bilangan lembu yang diternak mencapai 500 ekor. Saya juga ada 170
ekor kerbau yang dipasarkan di Sarawak termasuk Indonesia,” katanya ketika
ditemui di kediamannya sempena Karnival Iktiraf Media anjuran Felda, baru-baru
ini.
Amarullah berkata, keikhlasan ketika melaksanakan tanggungjawab serta disiplin
yang tinggi amat penting untuk mencapai kejayaan malah menjadi pegangannya
selama ini.
“Rutin harian saya bermula awal pagi untuk memastikan lembu saya berada di
kawasan ladang bagi meragut rumput. Ini kerana saya sudah mengikat kontrak
dengan pihak Felda untuk menjalankan kerja pembersihan kawasan menggunakan
haiwan ternakan saya mengikut blok yang ditetapkan.
Saya tidak menetapkan tempoh masa bekerja kerana ada kalanya masalah datang
secara mengejut seperti lembu hilang pada waktu tengah malam. Ketegasan memang
ada, bahkan anak kedua saya, Mohamad Iswan yang membantu saya turut dilayan
seperti pekerja lain untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada beliau,”
katanya.
Menjengah kediaman mewah bernilai lebih RM1 juta milik Amarullah, hati kagum
memikirkan betapa gigihnya bapa kepada sembilan anak ini mengubah taraf hidup.
Kesusahan yang pernah dirasai sebelum ini tidak pernah menjadi halangan untuk
dirinya mencipta kejayaan. Usaha dan semangat juang yang kental dalam diri
Amarullah dan anggota keluarga yang tidak pernah berputus asa memajukan diri,
menjadi kunci kepada kejayaan seisi keluarga.
Tambah menarik, kediaman keluarga Amarullah dibina
sendiri melalui rekaan yang diilhamkan anak sulungnya, Abdul Ghafar, 26, yang
kini bertugas sebagai jurutera di Lembaga Letrik Sabah.
Jika berkunjung ke Felda Umas, kisah kejayaan hidup Amarullah tidak pernah
lekang meniti di bibir penduduk kampung. Kediamannya yang tersergam menjadi
lambang kebanggaan dan bukti bahawa peneroka dan petani juga mampu hidup mewah.
“Saya berpegang kepada prinsip mengekalkan apa yang ada serta tidak meninggikan
diri. Ini kerana di tanah rancangan ini, semuanya umpama satu keluarga. Saya
bermula dengan susah apabila menerima gaji sebanyak RM220 sebulan, namun
bersyukur apabila pendapatan kian meningkat.
Semua ini atas dorongan kuat serta semangat isteri yang tidak pernah
berbelah-bahagi menyokong apa yang saya lakukan. Setiap perolehan hasil yang
saya dapat akan saya serahkan 100 peratus kepada isteri saya untuk diurus dan
diagihkan mengikut kepentingan,” jelasnya.
Muniati pula menegaskan, kelebihan dan kesenangan yang dimiliki mereka berpunca
sikap saling mempercayai serta memekakkan telinga atas tohmahan orang lain.
Beliau yakin suaminya itu selalu melakukan yang terbaik untuk meningkatkan
taraf hidup.
“Saya tidak pernah peduli dengan apa orang kata termasuk digelar ‘queen
control’. Ini kerana apa yang lebih penting ialah masa depan kami terutama anak
yang makin membesar. Saya juga hanya membeli barangan perlu saja kerana tidak
mahu membazir dengan benda yang tidak sepatutnya dimiliki.
Mungkin bagi sesetengah orang menganggap saya kolot dan kedekut hanya tidak
memiliki barangan jenama. Tetapi, saya tahu apa yang saya inginkan dalam
kehidupan. Titik peluh suami yang bersusah payah mencari rezeki harus
difikirkan bukannya berbelanja secara melulu kerana saya fikir mengenai masalah
mendatang jika wang tidak diurus dengan baik,” katanya.
Atas usaha dan kegigihan dirinya, Amarullah dinobat sebagai penerima Anugerah
Usahawan Tani Felda 2010 Peringkat Kebangsaan yang melayakkan beliau menggondol
wang tunai RM16,000 serta menjadi idola masyarakat.
“Saya yakin generasi kedua Felda juga mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka
yakin pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa. Semua orang mampu
memiliki apa yang mereka impikan jika berusaha mencapainya dengan
bersungguh-sungguh serta jujur dalam pekerjaan yang dilakukan. Bagi saya, kejayaan ini adalah dorongan keluarga, masyarakat Felda Umas serta
pengurusan Felda yang tidak jemu membantu peneroka untuk menaikkan taraf
kehidupan kami melalui pelbagai intensif,” katanya.
Sambung
RIAK tenang anak muda berusia 24 tahun ini menggamit hati penulis untuk
mengenalinya dengan lebih dekat. Ini kerana sikap gigih membantu bapa tersayang
di ladang ternakan dan tapak projek pembinaan tanpa rasa jemu atau berputus
asa.
Mohd Iswan Amarullah pernah menolak tawaran menyambung pengajian di institusi
pengajian tinggi (IPT) demi menyambung kelangsungan usaha bapa tersayang
memajukan lagi Felda Umas selain perusahaan penternakan dan projek pembinaan
mereka.
Anak kedua daripada sembilan beradik ini berkata, pada awalnya memang sukar
untuk membuat keputusan memilih antara kerjaya di Felda atau meneruskan pengajian.
Namun, akhirnya beliau membuat keputusan untuk terus memberi sokongan dan
membantu bapanya.
“Ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat buat diri saya. Ini kerana
sebagai generasi kedua Felda, saya rasa terpanggil untuk meneruskan apa yang diusahakan
ayah hingga berjaya membesarkan kami sembilan beradik. Bagi saya, tidak
semestinya setiap anak Felda perlu bekerja di bandar untuk beroleh kejayaan
kerana di tanah rancangan ini juga menjanjikan banyak peluang kerja. Saya juga tidak pernah peduli dengan pandangan orang terhadap apa yang saya
lakukan. Ini kerana apa yang lebih penting ialah untuk memajukan lagi usaha
yang dilakukan ayah selama ini. Ayah bermula dari bawah hingga kami mampu
mengecapi apa yang ada sekarang,” katanya.
Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu ini juga
mengakui kegigihan bapanya menjadi inspirasi untuk beliau terus bertahan dan
sentiasa terdorong untuk lebih bersemangat serta meningkatkan keyakinan untuk
menjadi generasi kedua Felda yang berjaya.
“Ayah adalah idola dan pendorong utama kejayaan saya untuk terus kekal di
Felda. Sikap rendah diri dan tidak mengenal erti putus asa yang ada dalam diri
ayah menguatkan lagi azam saya untuk berjaya selain membuktikan bahawa
kehidupan di Felda menjanjikan ketenangan dan hasil yang lumayan. Saya tidak pernah ralat dengan keputusan yang diambil kerana di sini peluang
untuk membina kejayaan terbentang luas dan berharap generasi kedua Felda juga
akan kembali ke Felda demi meneruskan usaha yang dilakukan generasi pertama.
Apa yang lebih penting ialah bekerja dengan jujur dan mengetepikan pandangan
serta tohmahan orang lain terhadap kita ,” katanya.
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-8346242491638742242011-11-10T19:09:00.001-08:002011-11-10T19:38:35.901-08:00SEMANGAT WAJA AZEAN
Semangat Waja Azean
BARU berusia 32 tahun, tetapi pencapaian dan
kemampuannya boleh diumpamakan satu dalam 1,000. Betapa tidak, pada usia semuda
itu beliau memiliki lebih daripada satu syarikat, bangunan sendiri yang
nilainya melebihi RM1 juta dan bergelar bos kepada lebih 100 kakitangan.
Lebih menarik, satu daripada cabang perniagaan diceburinya adalah memelihara
lembu - sesuatu yang jarang diterokai wanita semuda usianya.
Tanyalah hal berkaitan lembu, terutama lembu susu, insya-Allah beliau boleh
menjawabnya.
Malah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini, beliau memberi gambaran
betapa 'ilmunya' berkaitan haiwan berkenaan kadangkala tidak terjangkau dek
fikiran.
"Kalau awak nak tahu, lembu susu adalah haiwan yang sensitif dan tidak
boleh tertekan. Kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada haiwan itu kerana ia
kaedah berkesan untuk lembu terbabit menghasilkan susu yang lebih banyak. Lebih elok jika wanita menjaga haiwan itu. Di ladang saya, setakat ini
dua wanita ditugaskan menjaga lembu dan ia ternyata berkesan dalam menghasilkan
susu lebih banyak," katanya selamba.
Siapa sangka, di sebalik usia dan penampilan yang tampak lemah lembut, wanita
bernama Norazean Abdul Aziz itu agresif dalam dunia perniagaan.
Sebelum 'menguruskan' lembu, beliau terlebih dulu meraih kecemerlangan dalam
bidang pelancongan.Hanya dalam tempoh tiga tahun (2002 hingga 2005) menjalankan perniagaan
pelancongan menerusi syarikat Prestige Platinum Vacation (PPV) (M) Sdn Bhd,
beliau berupaya membeli bangunan sendiri yang dinamakan Wisma PPV di Jalan
Bangsar, Kuala Lumpur pada usia 27 tahun.
Daripada hanya menguruskan pakej pelancongan dalam negara, kini nama PPV bukan
lagi asing sebagai sebuah syarikat pelancongan yang lengkap serba serbinya.
Ada bas persiaran sendiri dan sebut apa saja khidmat berkaitan pelancongan
tidak kira dalam atau luar negara, semuanya ada di PPV.
Selepas enam tahun meletakkan PPV pada kedudukan terbaik dan mempunyai prestij
tersendiri, Norazean menubuhkan pula syarikat Prestige Dairy Farm (PDF) (M) Sdn
Bhd yang mengkhusus kepada perniagaan memelihara lembu untuk menghasilkan
produk tenusu dan daging.
Bagi Norazean atau lebih mesra dengan panggilan Azean, usahanya meneroka bidang
berkenaan yang semestinya dianggap janggal bagi wanita, dijadikannya cabaran.
Beliau sanggup mengetepikan rasa kurang selesa terhadap haiwan berkenaan kerana
yakin dengan masa depan perniagaan dalam bidang itu.
"Dulu nak dekat dengan lembu susah juga sebab saya tak tahan baunya.
Sekarang tiada masalah untuk saya berbuat demikian, malah saya sifatkan lembu
juga seperti haiwan peliharaan lain yang perlu diberi kasih sayang dan dijaga
dengan sempurna. Dalam perniagaan ini suami banyak membantu, malah dialah pencetus kepada
penubuhan syarikat ini. Kami bersama-sama merealisasikannya," katanya.
Kesungguhan Azean terhadap perniagaan itu terbukti dengan visi dan misinya.
Beliau menyifatkan susu lembu umpama gula yang diperlukan dalam kehidupan
setiap hari.
"Susu sama saja macam gula. Daripada bayi hinggalah orang tua, semua minum
susu dan terbukti susu mendapat permintaan yang sangat tinggi. Bukan setakat susu, macam-macam boleh dibuat dengan susu lembu, antaranya
minyak sapi. Justeru, saya ambil peluang ini untuk memberi tumpuan dalam
perniagaan berkenaan," katanya.
Bermula dari 2008, PDF kini mempunyai lebih 500 ekor lembu susu jenis
Friesian-Jersey diimport dari Australia, selain lembu daging yang ditempatkan
di ladang Alifah, Kluang, Johor.
Dengan lebih 30 kakitangan dan peralatan pemprosesan susu canggih, PDF kini
tersenarai sebagai pengeluar susu lembu kedua terbesar di negara ini.
PDF turut membuka peluang kepada orang ramai bersama-sama menikmati faedah
daripada permintaan tinggi susu lembu menerusi pakej diperkenalkan PDF.
Beli lembu daripada PDF dan terima hasil sehingga RM1,000 sebulan, bergantung
kepada jumlah pengeluaran susu lembu yang dibeli.
Tidak perlu bersusah payah menguruskan lembu dimiliki kerana PDF akan
menguruskan semua hal berkaitan, daripada menjaga, memberi makan, memerah susu
hinggalah hal pemasarannya.
Setiap lembu dibeli akan diberi sijil dan Azean mengalu-alukan pemilik lembu
hadir ke ladang PDF di Kulai Johor untuk melihat lembu mereka.
Bagaikan terlalu mudah, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, Azean mampu
mengecap kejayaan dan memang lumrah, kejayaan diperoleh mengundang pelbagai
persepsi.
Bagi Azean, beliau sedia maklum, barangkali ada yang beranggapan beliau 'orang
senang' menyebabkan mudah untuknya meraih kejayaan sesingkat itu.
Namun hakikatnya Azean bukan dilahirkan di dalam 'mangkuk emas' yang
memungkinkan beliau lebat dengan wang ringgit sehingga mampu melakukan apa
saja. Ibu bapanya juga bukan orang berpengaruh sehingga mampu membantu
memudahkan perjalanan perniagaannya.
"Bapa saya bekerja sebagai pemandu limosin dan ibu suri rumah. Mereka
tidak mampu memberi kekayaan, tetapi yang masih terngiang-ngiang, ayah selalu
kata dia hanya mampu memberi kasih sayang dan pendidikan terbaik untuk anaknya. Didikan, kasih sayang dan kesungguhan ibu dan ayah memberi saya
pendidikan terbaik dijadikan dorongan serta semangat untuk saya merubah nasib
keluarga pada masa depan," katanya.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, perjalanan untuk beliau
mengecapi kejayaan seperti hari ini bukan mudah.
"Ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, saya melakukan kerja sampingan
untuk mencari wang perbelanjaan dan pada masa sama menimba pengalaman. Nak minta wang daripada orang tua, saya tak sanggup kerana tidak mahu
menyusahkan mereka. Saya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran di sebuah syarikat pada
sebelah petang dari jam 5 petang hingga 9 malam, manakala pada Sabtu dan Ahad
saya bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Bohonglah saya katakan tidak penat dan tertekan bila nak
mengulangkaji, menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan memberi tumpuan kepada
pekerjaan. Apapun, saya kuatkan semangat dan teruskan sehingga tamat
pengajian," katanya.
Kesungguhan Azean berbaloi apabila terus diberi kepercayaan bekerja sepenuh
masa selepas tamat pengajian hinggalah dilantik ke jawatan ketua bahagian
pemasaran.
Bagaimanapun, kejayaan diperoleh menimbulkan iri hati pihak tertentu,
menyebabkan beliau ditukarkan ke bahagian sumber manusia.
"Kepakaran saya adalah bidang pemasaran. Apabila ditukarkan ke bahagian
sumber manusia, untuk apa lagi saya bekerja di situ. Saya ambil keputusan
berhenti kerja dan ketidakadilan itu membuatkan saya nekad untuk bekerja
sendiri," katanya.
Azean memanfaatkan kepakarannya dalam bidang jualan dan pemasaran untuk
menceburi bidang saham amanah. Tidak dilayan, terpaksa tebalkan muka dan
dimarahi antara pengalaman yang lama kelamaan menjadi kebiasaan buatnya.
Berbekalkan pengalaman berkenaan, Azean mencuba pula bidang pelancongan dengan
membuka syarikat pelancongan kecil-kecilan dinamakan PPV. Buat permulaan,
tumpuan diberi kepada pakej pelancongan dalam negara terlebih dulu.
"Ketika berhenti kerja dan buat saham amanah, adalah sedikit modal. Saya
sewa kedai kecil dan mencari pelanggan sendiri. Memandangkan sudah biasa 'tebal
muka', saya telefon hotel sendiri, jumpa pengurus hotel sendiri dan cari
pelanggan sendiri. Alhamdulillah, berkat pengalaman, dapatlah pelanggan dan tambah dua
hingga tiga kakitangan untuk melicinkan urusan perniagaan," katanya.
Setahun kemudian, PPV mendapat lesen untuk menyediakan pakej pelancongan luar
negara dan pencapaian PPV terus cemerlang dengan beroperasi di bangunan sendiri
dan pertambahan pelanggan dari semasa ke semasa, dari individu hinggalah sektor
korporat dan kerajaan.
Bertemu jodoh dengan Mohd Helmi Ali pada usia 27 tahun, PPV terus megah dan
perjalanan Azean terus ke puncak dengan penubuhan PDF.
Liku perjalanan Azean dalam menguruskan dua syarikat berkenaan turut dicemari
episod duka ditipu kenalan sendiri.
"Saya pernah beberapa kali ditipu sehingga rugi lebih RM200,000. Kenalan
sendiri sanggup berbuat demikian selepas melihat kesungguhan saya untuk mencuba
cabang perniagaan saya. Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana insiden
itu mengecewakan saya. Ia pengalaman berharga untuk saya lebih
berhati-hati," katanya.
Reda dengan apa yang berlaku, Azean tidak mahu pengalaman pahit itu melemahkan
semangatnya.
"Saya dan kakitangan umpama keluarga. Jika saya putus asa dan perniagaan
tergugat gara-gara masalah tertentu, bagaimana nasib lebih 100 kakitangan saya. Sampai ke tahap ini saya tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Nasib
kakitangan juga perlu diambil berat," katanya yang kini bahagia dengan
tiga cahaya mata.
Di akhir pertemuan, Azean memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan
yang diperolehnya dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya
selama ini.
"Selain keluarga, suami banyak menyumbang kepada kejayaan saya. Dia selalu
memberi semangat dan berpesan supaya jangan terlalu berasa selesa dan
leka," katanya.
(Sumber :: mizan@hmetro.com.my)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-44038823233735820792011-11-10T18:32:00.001-08:002011-11-10T18:55:05.491-08:00DUA RAKAN GIGIH TERNAK LEMBU KOMERSIAL
POTENSI sektor penternakan lembu yang tinggi
mendorong ramai menceburinya, ditambah pula pelbagai insentif disediakan
kerajaan dalam bidang berkenaan untuk memenuhi permintaan terhadap daging dalam
negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk import.
Peluang itu turut direbut dua belia di Negeri Sembilan, Syed Shareezally Syed
Aualadali dan rakannya, A Halim A Rahman yang tidak mengendahkan semua
tanggapan negatif dikaitkan dengan sektor pertanian.
Mereka berdua bertekad meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan untuk
mengusahakan projek penternakan lembu secara fidlot.
Bukan saja menternak, mereka yang pernah bekerja makan gaji dengan organisasi
ternama juga melakukan pemasaran sendiri daging proses melalui kedai konsep
butik dinamakan 'Daging Segar' beroperasi di Taman Komersial Senawang, sejak
Jun tahun lalu yang turut menjual pelbagai produk sejuk beku berasaskan daging.
Kedai berkonsep moden yang berhawa dingin, bersih dan selesa dengan konsep
penjualan daging yang jarang dilihat di negara ini, kian mendapat sambutan
bukan saja di kalangan penduduk sekitar Seremban, malah luar, termasuk Kuala
Lumpur.
Mereka yang berkongsi usia 36 tahun menggunakan modal sendiri memulakan projek
penternakan komersial lebih setahun lalu dengan memajak tanah terbiar penduduk
kampung di Seri Menanti, Kuala Pilah untuk membuka ladang ternakan.
(Sumber :: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20080424234544/Article/)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-62964920691552449772011-11-09T09:31:00.000-08:002011-11-11T19:42:30.769-08:00KISAH KEJAYAAN PENGASAS SENDAYU TINGGI
Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi
Hidup ini ada penawar dan racun
WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?
ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.
Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.
Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.
Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?
Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.
Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.
Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?
Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..
Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?
Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.
Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?
Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.
Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?
Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.
Apakah pencapaian terkini anda?
Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.
Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?
Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.
Sumber : http://utusan.com.my
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-43140458884170140232011-11-09T07:22:00.000-08:002011-11-09T20:54:13.914-08:00MAZNAH MAKAN DENGAN SAMSENG
Perniagaan berasaskan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa
MENJALANKAN perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid, tanpa keberanian itu, impian akan tinggal impian.
“Kerana peranan kami sudah seperti polis. Kami terpaksa berdepan dengan kumpulan samseng, penagih dadah dan penjenayah yang sentiasa mencabar keselamatan pelanggan kami. Maka kami terpaksalah bijak mengatur strategi untuk membanteras aktiviti mereka. Adakala kena pergi minum, makan atau berkawan dengan mereka untuk mengetahui muslihat kumpulan itu supaya keselamatan kami tidak tergugat,” katanya yang menyedari wujud lebih 30 geng samseng di seluruh negara.
Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan.
“Menjadi kelebihan pula menjadi seorang wanita dalam bidang ini. Agaknya, kalau lelaki berada di tempat saya mungkin sudah kena pukul,” ujar Maznah berderai tawa.
IBU kepada lima orang anak ini seorang yang begitu menghargai pengalaman.
Satu lagi faktor yang menyokong perkembangan Securiforce ialah keupayaan anggotanya untuk memprogramkan diri sejak mula bekerja.
“Masalah utama orang kita ialah disiplin. Perniagaan seperti ini beroperasi 24 jam sehari. Kesanggupan untuk mengorbankan waktu tidur memerlukan disiplin yang tinggi,” ujar Maznah yang berpendapat kejayaan tidak sepatutnya diperoleh secara ekspres atau dalam sekelip mata.
Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
Impikan waktu 36 jam sehari
Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. Beliau turut mengesyorkan supaya bakal usahawan mengambil satu atau dua kursus kemahiran sebagai modal perniagaan.
“Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia. Seorang yang begitu menghargai pengalaman, Maznah akan memastikan anak-anaknya yang berminat untuk bekerja dengan Securiforce memulakan kerjaya di peringkat paling bawah.
“Biar mereka tahu bagaimana seorang jaga bekerja atau memandu van sekuriti supaya mereka faham selok-belok perniagaan ini,” kongsi Maznah.
KELUARGA Maznah. (Dari kiri): Mohamad Shafiq, 20, Nurul Shameem, 24, Mazreen Shanim, 17, Datuk Shaheen, Maznah, Mohamad Nabeel, 3, Nor Sharmila, 29, dan suami, Mohamad Nizar, 31, dan Shahril Reza, 28.
Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, Maznah menyarankan dua subjek perlu diberi perhatian iaitu perakaunan dan perniagaan.
“Lima anak saya semuanya menunjukkan minat untuk menjadi usahawan. Saya galakkan mereka mengambil kedua-dua jurusan sebagai pengetahuan asas. Seperti suami saya yang memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, kami kemudiannya memperkayakan diri dengan strategi perniagaan pula,” katanya. Melalui ilmu jugalah Maznah terselamat daripada mengalami kerugian yang mampu meruntuhkan perniagaannya.
“Nasihat saya, kalau tidak mahu ditimpa ‘bala’ jangan memulakan perniagaan dengan berhutang. Gunakan wang sendiri. Juga jangan mulakan dengan jumlah modal yang terlalu besar.” Sikap berhati-hati menjadi satu lagi kelebihan Maznah dan suami, Datuk Shaheen Mirza Habib, 58. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak pernah berdepan dengan waktu sukar.
“Pada peringkat permulaan perniagaan, kami belajar erti kesilapan pelaburan yang amat merugikan. Ia berikutan kami tersalah memilih produk. Penggunaan Sistem Penyeliaan Pusat (CMS) yang kami perhatikan di negara Barat rupa-rupanya terlalu jauh ke depan berbanding status negara pada waktu itu. Kami terlupa negara masih kekurangan bangunan pencakar langit pada sekitar 1980-an. Ini bermakna permintaan untuknya terlalu kecil. Tetapi syukur, kami tidak dibebani hutang, membolehkan kami bangun semula tanpa banyak masalah,” cerita Maznah.
Menjadi satu kebanggaan baginya apabila kami dapat menjalankan perniagaan menggunakan modal sendiri. Bermula dengan modal RM5,000, sekarang Securiforce sudah memiliki 60 cawangan di seluruh negara dan beberapa di luar negara, mampu menggaji hampir 5,000 pekerja. Ia juga mereka cipta serta menghasilkan van kalis pelurunya sendiri.
(Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-60943756550973505552011-11-09T07:13:00.000-08:002011-11-09T22:45:41.315-08:00MYBURGER DIDIK NUZUL BERNIAGA
Nuzul Ikmal Hafiz bin Anuar
Dari kejauhan, di sisi kanan hadapan Kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Selayang, dia cekatan menyiapkan pesanan. Dua anak gadis menanti sabar. Asap dari kuali leper naik ke udara, bersama bau yang membuka selera. Dua keping daging ayam sebagai inti yang garing dan enak dipanggang, bersama irisan salad dan timun juga tomato, sebiji telur digoreng bulat sebagai lapisan pelengkap, diisi juga mayonis dan sos lalu akhirnya diapit dua bun yang lembut. Akhirnya, siaplah sebiji burger ayam istimewa sedia untuk dinikmati.
“Assalamualaikum! Adik, nanti jika ada masa ustaz mahu jumpa sekejap. Juga jangan lupa, siapkan tiga biji burger ayam istimewa ya!” Penulis menyapa ringkas. Tanpa songeh – meminjam istilah anak remaja – anak muda ini hanya mengangguk. Tidak lama, kira-kira 20 minit kemudian dia sudah terpacul di muka pintu Kaunter LZS Selayang dan di tangannya tersedia membimbit seuncang plastik berisi burger ayam istimewa, masih hangat dan tiga biji semuanya!
“Tak mengapakah tinggal warung sekejap?” Penulis memanaskan perbualan. Dia awalnya tampak canggung. Maklumlah, tiba-tiba sahaja dipanggil masuk ke pejabat. Diwawancara pula oleh penulis, wakil dari ibu pejabat. Mungkin dia terfikir, ada sesuatu yang mahu ditegur. Maka, wajar bagi penulis berbasa-basi mengendurkan suasana.
“Tak apa ustaz, ada rakan tolong tunggu.” Balasnya ringkas. Perbualan selanjutnya, dia membuka cerita. Namanya Nuzul Ikmal Hafiz bin Anuar, baharu berusia 20 tahun. Dia anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Anak sulung adalah kakaknya, di bawahnya ada duaa orang lagi adik-adik, seorang perempuan dan seorang lelaki.
“Bantuan perniagaan ini sebenarnya disediakan oleh LZS bagi asnaf yang layak. Ibu saya, Janatul Hazar bt. Mohamad, memang merupakan penerima bantuan zakat di LZS. Jadi, apabila ditawarkan peluang berniaga seperti ini, saya ambil segera. Mana tahu, dengan cara ini saya mampu membawa perubahan dalam hidup dan keluarga.” Dia menambah cerita.
Menyentuh tentang ibunya, Nuzul memberitahu bahawa ibunya adalah wanita berhati waja yang merupakan seorang ibu tunggal. Sungguhpun telah berpisah dengan suami, namun dia tega memikul beban membesarkan anak-anak. Kini, dengan usia sudah menginjak usia 40-an, ibunya terus bekerja di sebuah sekolah tadika sebagai tukang masak.
“Saya baharu sahaja memulakan perniagaan jual burger ini. Baharu mula sebulan sebelum Ramadan tahun ini. Sebelum bulan puasa dahulu, Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan. Namun, sepanjang Ramadan saya tidak dapat berniaga. Setelah membuka gerai pada tiga hari pertama berpuasa, tiada orang yang mahu makan burger. Mungkin orang dah kekenyangan berbuka. Akhirnya saya ambil keputusan menutup gerai. Sekarang ini, selepas musim raya baharu nak pulih semula. Sambutan sudah ada, tetapi tidaklah sehebat seperti mana sebelum Ramadan dahulu.” Tambah Nuzul panjang lebar dan lebih ceria berkongsi ceritanya.
Myburger hakikatnya adalah inisiatif LZS melalui Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat, iaitu dengan membuat kerjasama pintar bersama sebuah syarikat pengeluar daging burger muslim tempatan. Melalui pelan ini, mana-mana asnaf yang berminat dan layak, maka mereka akan diberikan peluang berniaga burger dengan jenama ‘Myburger’.
LZS dan syarikat berkenaan akan menyediakan gerai burger, daging dan semua keperluan awal menyediakan jualan burger. Peniaga burger juga, seperti Nuzul akan diberikan gaji sebanyak RM900 sebulan atas hasil jualannya. Namun, seandainya mereka gagal melepasi sasaran jualan minimum yang telah ditetapkan, pihak LZS berhak memotong gaji berkenaan.
Tujuannya hanya satu, iaitu agar mereka tidak mudah mengambil sikap sambil lewa dalam berniaga kerana diberikan gaji tetap; sebaliknya akan cuba berusaha memastikan jualan yang tinggi menerusi kualiti penyediaan burger dan layanan yang diberikan baik dan memuaskan. Itulah sebabnya LZS berusaha mewujudkan skim bantuan seperti ini.
“Alhamdulillah, buat masa ini jualan saya mencecah RM40 sehingga RM50 sehari. Saya perlu usaha lagi bagi menambah jualan, jika tidak gaji saya juga akan berkurangan.” Tegas Nuzul.
Sebelum menutup bicara bagi membolehkan penulis menikmati sebiji burger ayam spesial hasil tangan Nuzul, tanpa sangka dia melontarkan sebongkah harapan yang amat mengesankan.
“Jika boleh, saya mahu kekal lama dalam perniagaan ini. Saya mahu perniagaan burger ini maju dan tidak dirundung masalah. Saya sedar, bukan semua orang berpeluang mendapat ruang dan kesempatan berniaga seperti ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada LZS kerana memberikan peluang ini. Kepada semua pembayar zakat pula, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana dengan zakat yang ditunaikan itulah, maka orang-orang seperti saya ini dapat mengubah nasib. Penulis berdoa semoga rezeki mereka bertambah berkat hendaknya.”
Perbualan tamat. Nuzul kembali melayani permintaan peminat burgernya. Saya dan teman-teman di Kaunter LZS Selayang tidak sabar-sabar lagi mahu menikmati burger ayam special, hasil tangan seorang anak asnaf berjiwa besar bernama Nuzul. Doa saya, semoga Allah SWT memberkati perjalanan hidup Nuzul dan membantunya berjaya mencapai cita-citanya menjadi usahawan burger yang berjaya, amin.
Nota: Artikel ini adalah kisah nyata dan ditambah sedikit perisa oleh penulis, dan sesiapa yang mahu merasai sendiri keenakan burger Nuzul, boleh mengunjungi gerai Myburger di Pusat Komuniti Asnaf, LZS Selayang, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Nuzul memulakan perniagaannya setiap hari dari jam 1 tengah hari sehingga 10 malam.
Nota: Hamizul Abdul Hamid merupakan Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
(Sumber : http://blog.e-zakat.com.my/?p=1025)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-69177011663287977242011-11-03T20:42:00.000-07:002011-11-09T22:09:43.287-08:00RAZAK GUBAH BUNGA UNTUK ARTIS HOLLYWOOD
Razak Ahmad
BUNGA lazimnya dikaitkan dengan kaum wanita, daripada menanam bunga di laman, menghias sanggul hingga kepada menggubah bunga untuk hiasan rumah bagaikan satu perkara wajib, tidak kira untuk yang bujang, berkahwin, muda mahupun sudah berumur.
Sifat bunga yang cantik, wangi dan mempunyai unsur tenaga, semangat dan penyeri menjadikan bunga begitu sinonim dengan keadaan yang serba indah dan mengindahkan. Malah, kita juga digalakkan kita memberi bunga kepada orang yang sakit kerana ‘kekuatan’ yang ada pada bunga tersebut sedikit sebanyak berupaya memberi kesegaran kepada orang sakit.
Kini bunga bukan saja dikaitkan dengan wanita, malah ia juga semakin sinonim dengan kaum Adam terutama daripada aspek kreativiti penggubahan bunga. Malah khidmat gubahan bunga kini menjadi satu perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan buat mereka yang mengusahakannya secara serius.
Buktinya, jejaka kelahiran Batu Pahat, Johor, Razak Ahmad, 46, kini namanya meniti di bibir orang kenamaan, korporat, bakal pengantin dan perancang majlis, sebagai individu yang begitu kreatif dalam menghasilkan gubahan bunga yang indah dan mempersonakan. Hasil kreativiti Razak tidak perlu dipertikaikan, tambahan pula pengalamannya selama 18 tahun di luar negara banyak membantu dari segi menghasilkan idea gubahan yang segar, moden dan kreatif.
“Pada awalnya saya melihat ibu yang merupakan tenaga pengajar di Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), menggubah bunga dan mengajar masak kepada pelajarnya. Secara jujur, minat saya untuk menggubah bunga timbul dari situ,” jelasnya serius.
Sifat suka melihat negara orang dan peluang yang ditawarkan oleh seorang rakan di Brunei untuk menjaga kedai bunganya di sana merupakan titik tolak bagi Razak untuk lebih serius dalam bidang gubahan bunga. Menganggapnya sebagai satu cabaran, Razak mengorak langkah merantau lebih jauh dengan menjadi prep boy di sebuah syarikat penggubah bunga, Flowers By Byron di Chicago, Amerika Syarikat.
“Walaupun di sana tugas saya hanya menerima arahan daripada penggubah bunga, saya menjadikan ia sebagai satu sumber ilmu yang tidak ternilai dalam memajukan karier yang telah saya pilih. Bagi saya, apa saja yang kita lakukan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan keghairahan dan minat yang mendalam,” jelas jejaka ini lagi.
Setelah menimba pengalaman dan mendapat rangkaian perniagaan yang baik, Razak mencuba nasib di sebuah syarikat, Flowers By Arrangement juga di Chicago, sebagai penasihat perkahwinan. Pada masa sama, beliau juga bekerja sambilan di beberapa syarikat lain seperti The Flower Firm, Kehoe Designs dan Virginia Wolf.
Setelah beberapa tahun di sana, Razak berhijrah ke Los Angeles apabila mendapat peluang berkhidmat dengan Kevin Lee di LA Premier, yang menjalankan perkhidmatan gubahan bunga untuk selebriti Hollywood dan movie premiers. Di LA Premier, Razak bukan sahaja terdedah dengan trend gubahan terkini, malah berpeluang menggubah bunga untuk beberapa selebriti terkenal seperti Cameron Diaz, Brad Pitt, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, Anthony Hopkins dan ramai lagi.
“Perjalanan saya tidak diteruskan di situ, kerana inginkan lebih pengalaman dan pendedahan. Saya berhijrah ke Korea Selatan dan menetap selama lapan bulan di sana. Walaupun banyak yang dapat dipelajari, saya tidak dapat menetap lama di Korea kerana masalah komunikasi, kebetulan pula ibu saya minta saya pulang ke Malaysia dan memulakan perniagaan di tanah air sendiri,” cerita beliau.
Pulang ke Malaysia pada tahun 2004, memberi beliau masa untuk mengkaji pasaran gubahan bunga di negara ini.
“Ketika meninjau pasaran bunga di Malaysia saya dapati tidak banyak pilihan bunga berkualiti untuk dijadikan gubahan dan dekorasi. Dengan jaringan perniagaan yang pernah ada, saya bawa masuk bunga-bunga segar dan tiruan dari China dan Korea,” katanya.
Dengan kesungguhan, wang dikumpul dan pengalaman 18 tahun di luar negara, telah meyakinkan pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membiayai pembukaan kedai bunga dan perancang majlis yang diberi nama Flora, Etc…
Bertempat di Suite 2.07, The Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Razak memulakan tugasan pertamanya dengan menggubah bunga segar pada majlis perkahwinan Datuk Nazim Abdul Razak dengan personaliti TV popular, Datin Norjuma Habib Mohamad.
“Alhamdulillah, ramai yang terpegun melihat gubahan saya dan seterusnya saya mendapat promosi percuma dari mulut ke mulut. Selain mencipta gaya sendiri dan mewujudkan kelainan dalam setiap rekaan, saya berpuas hati kerana dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan hasilnya diiktiraf oleh orang yang menghargainya,” jelas Razak yang dianggap sebagai trendsetter dalam industri ini.
Bermula daripada perkahwinan VIP, Razak turut menjadi perancang majlis dan penggubah bunga untuk meraikan kerabat kerabat diraja, orang kenamaan dan untuk majlis keraian syarikat-syarikat korporat. Selain itu, beliau juga menghasilkan jambangan bunga untuk raja permaisuri, isteri-isteri menteri juga selebriti tanah air.
Kini, Razak juga berbangga melihat perubahan mentaliti rakyat Malaysia yang semakin ramai inginkan sentuhan penggubah bunga untuk majlis mereka. Walaupun hasil gubahannya untuk majlis bermula daripada RM3,000 ke atas, namun ia berbaloi dengan apa yang dipersembahkan berdasarkan pengalaman yang ada.
“Apa juga yang kita buat mesti disertai dengan keinginan yang kuat, selain jujur, ikhlas, saling membantu dan merendah diri. Keseriusan dalam karier dan percaya diri sendiri, adalah faktor utama yang membantu kejayaan kita,” katanyanya.
(Sumber :: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-28388532020505160722011-11-03T08:46:00.000-07:002011-11-09T21:51:36.974-08:00USAHAWAN COKLAT PERLIS
Nor Hanani Mokhter
Jika Langkawi terkenal sebagai syurga penggemar coklat, Perlis pula mampu menghasilkan coklat buatan tempatan yang mempunyai kualiti rasa setanding coklat import.Kejayaan itu adalah antara hasil usaha gigih dua usahawan muda, Wan Shaharuni Wan Ali, 33, dan Nor Hanani Mokhter, 31, dari Kuala Perlis di sini.
Mereka kini mengorak langkah menjadikan Perlis sebagai pengeluar coklat sekali gus menjadikannya sebagai satu tarikan utama pelancong ke negeri ini yang terkenal dengan pengeluaran mempelam harumanis. Coklat produk Perlis yang menggunakan jenama Chocolike itu, bukan sahaja mendapat permintaan memberangsangkan di negeri ini, malah telah memasuki pasaran Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Chocolike dihasilkan menggunakan seratus peratus koko asli gred A iaitu mentega koko untuk coklat jenis 'pralin', 'truffle', 'crunchy' manakala bagi coklat jenis 'lolychoc' dan 'choc bar' dihasilkan dengan ramuan koko gred B atau koko kompaun yang dicampur dengan lemak sayur-sayuran.
Menurut Wan Shaharuni, selain coklat susu, Chocolike mempunyai pelbagai jenis perisa seperti kacang almond, mentega kacang, kacang hazel, strawberi, buah campuran dengan pelbagai bentuk selain coklat jenis 'panning' iaitu coklat bulat.
"Kami kini sedang mengkaji untuk menghasilkan coklat berperisa mangga terutama mangga keluaran Perlis yang dijangka menjadi salah satu tarikan pelancong," katanya.
Kata Wan Shaharuni, melalui syarikat yang ditubuhkan iaitu Citra Jentayu Enterprise, Chocolike dipasarkan melalui ejen yang dilantik di seluruh negara selain individu yang menempah secara dalam talian melalui laman web http://www.chocolike.com.my/. Menurutnya, jika dahulu coklatnya dihasilkan melalui pengeluaran secara kecil-kecilan di rumah, kini coklatnya telah pun mempunyai bengkel yang dilengkapi pelbagai mesin pemprosesan coklat di Pusat Perantis Bukit Temiang, Beseri.
"Bengkel berkenaan yang akan beroperasi sepenuhnya hujung bulan ini, diberi secara percuma oleh Jabatan Pertanian selama tiga tahun bagi membolehkan kami meningkatkan pengeluaran selain dapat membantu menaikkan kualiti pemasaran," katanya.
Melalui pusat tersebut juga, coklat keluaran syarikat itu akan mendapat pemantauan yang rapi daripada pihak bertanggungjawab terutama dari segi pengiktirafan halal, kod bar dan pembungkusan. Nor Hanani pula memberitahu, Chocolike dihasilkan menggunakan biji koko tempatan yang diperoleh daripada Lembaga Koko Malaysia (LKM).
"Pada masa ini kami menggunakan kira-kira 150 kilogram bongkah coklat sebulan iaitu pada hari biasa dan mencecah 250 kilogram sebulan apabila tiba musim perayaan, namun apabila bermulanya operasi di Pusat Perantis itu kami jangka bakal menggunakan 1,500 kilogram coklat sebulan," katanya.
Baru-baru ini, kedua-dua usahawan muda itu turut mendapat bantuan mesin pencair coklat bernilai RM20,000 daripada Jabatan Pertanian bagi membantu meningkatkan pengeluaran coklat syarikat mereka. Kata Nor Hanani, penglibatan mereka dalam industri berkenaan setelah mengkaji kecenderungan penggemar coklat di negara ini, terutama umat Islam yang kini mempunyai kesedaran tinggi tentang produk coklat yang halal.
Menurutnya, mereka juga telah mengkaji pasaran coklat di Malaysia yang kini mempunyai penggemar yang luas selain kecenderungan popular masa kini yang menjadikan coklat sebagai hidangan pada musim perayaan, majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan serta hadiah untuk individu tersayang. Menolak ke tepi mitos yang mengatakan memakan coklat menyebabkan seseorang itu gemuk, kedua-dua lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu sanggup meletak jawatan sebagai eksekutif di sebuah syarikat automobil terkenal di negara ini semata-mata mengejar cita-cita menjadi usahawan coklat Perlis.
Mengimbas kembali detik awal menceburi industri coklat, Nor Hanani berkata, semuanya bermula pada penghujung 2008 selepas dia dan Wan Shaharuni mengikuti Kursus Asas Pembuatan Coklat anjuran LKM selama empat hari di Bangi, Selangor.
"Selepas mengikuti kursus itu, kami mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan coklat melalui bantuan LKM yang menyediakan bahan mentah iaitu koko selain pemantauan agensi itu terhadap kualiti rasa coklat yang dihasilkan dan pada masa yang sama kami turut mengedarkan sampel-sampel coklat tersebut kepada orang ramai," katanya.
Selepas berpuas hati dengan maklum balas orang ramai yang rata-rata memuji kualiti rasa Chocolike yang setanding coklat import, kedua-dua wanita itu memulakan industri coklat bermula dari rumah dengan modal sendiri."Usaha kami turut mendapat perhatian Jabatan Belia dan Sukan yang memberi sumbangan RM3,000 untuk membeli peralatan acuan coklat tahun lalu, melalui Dana Usahawan Muda," katanya.
Selain itu, mereka juga menerima bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menjalankan ujian makmal bagi mendapatkan fakta nutrisi dan pelekat.Dalam pada itu, kedua-dua usahawan tersebut turut memberi jaminan akan sentiasa memastikan kualiti rasa coklat tidak berubah malah akan meningkatkan mutunya dengan pembuatan yang teliti menggunakan bahan mentah berkualiti.
Kini, setelah hampir dua tahun menceburi industri tersebut, Wan Shaharuni dan Nor Hanani yang berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh, turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri melalui agensi-agensinya untuk membantu mempromosikan produk keluaran syarikatnya.
"Kami berharap coklat keluaran kami dapat dijadikan sebagai salah satu jenama Perlis selain mempelam harumanis," kata mereka.
(Sumber:: http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara)
Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9192406117399304641.post-30482069118701375332011-11-02T10:09:00.000-07:002011-11-09T22:02:23.609-08:00BERMODAL RM700 KINI USAHAWAN BERJAYA
Siti Aishah Hamdan sentiasa memastikan kualiti cetakan yang
dihasilkan memenuhi permintaan pelanggan dan dihasilkan dalam masa yang dijanjikan.
BERPEGANG kepada prinsip kerja 'pelanggan selalu betul dan setiap tempahan harus disiapkan mengikut perjanjian', usahawan percetakan ini terus menempa kejayaan sejak menceburi perniagaan tersebut 15 tahun lepas.
Bagi Siti Aishah Hamdan, 36, kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan tidak harus dipandang sambil lewa, sebaliknya berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Jadi, tidak hairanlah apabila syarikatnya mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan khidmat percetakan sama ada mencetak banting, sepanduk, kad jemputan, buletin, beg kertas, pembungkusan dan buku.
Mengembali semula nostalgia bagaimana beliau yang bertindak sebagai Pengarah Lactop Sdn. Bhd. dan suami, Mohd. Sham Mohd. Salleh, 39, bertungkus lumus memajukan syarikat yang kini menjadi kebanggaan dan punca rezeki mereka, sememangnya amat meruntun jiwa. Kata Siti Aishah, beliau dan suami pernah hidup susah dan masing-masing bekerja di sebuah kilang percetakan dengan pendapatan bersama hanya RM1,000 sebulan. Bahkan, suaminya pernah terpaksa tidur di lokap kerana terbeli motosikal curi bagi memudahkan mereka berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Lebih mengharukan lagi apabila beliau dan suami diberhentikan kerja oleh majikan ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam mahu menyambut Aidilfitri
"Wang simpanan yang ada ketika itu cuma RM700. Dengan wang itu jugalah saya dan suami sepakat menggunakan pengalaman yang ada terutama dalam berurusan dengan pembekal percetakan, memulakan perniagaan percetakan walaupun dalam skala yang kecil. Satu cara sahaja yang difikirkan untuk meneruskan hasrat itu, iaitu dengan menghubungi pembekal percetakan yang kenal rapat dengan saya semasa bekerja dahulu, meminta bantuan dengan memberi kredit,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Sri Damansara, Selangor, baru-baru ini. Menurut Siti Aishah, pelanggan pertamanya ialah syarikat penerbitan filem yang baru ditubuhkan
"Dengan muka yang tebal, walaupun saya tahu kemampuan dari segi peralatan dan modal tidak ada, saya memberanikan diri berjumpa dengan mereka. Mungkin nasib menyebelahi saya, kebetulan mereka juga mencari syarikat yang boleh mencetak produk-produk bagi mempromosikan filem terbitan mereka. Alhamdulillah mereka memberi kepercayaan penuh untuk kami menyiapkan poster dan banting dalam tempoh yang ditetapkan. Dan saya bersyukur, dengan terlaksananya projek pertama itu, mereka menjadi pelanggan tetap kami sehingga ke hari ini,'' kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia tujuh tahun.
Beliau yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menambah, dengan komitmen yang diberi kepada syarikat yang ditubuhkan pada 1996 dengan nama Bendigo Enterprise sebelum ditukar nama kepada Lactop Sdn. Bhd. pada tahun 1999, beliau mendapat kepercayaan daripada banyak syarikat lain. "Rezeki semakin mencurah setelah tahun 1999. Saya mula mendapat projek daripada kerajaan, hotel dan sektor swasta yang lain. Kerja-kerja juga telah bertambah, bukan sahaja sekadar poster dan banting, tetapi telah mendapat kontrak mencetak pembungkusan, beg kertas, buku dan buletin," katanya. Siti Aishah juga mengakui sudah tujuh tahun, beliau dan suami tidak melakukan kerja-kerja pemasaran kerana pelanggan yang membantu memasarkan produk mereka.
Wanita yang gemar menghias rumah ini menegaskan dalam berurusan dengan pelanggan, memberi keyakinan adalah elemen yang penting. "Dalam mendapatkan projek daripada pelanggan baru, saya memastikan tidak terlalu tamak menerima kerja-kerja yang diarahkan kerana saya ingin membina keyakinan dengan mereka dahulu. Saya selalu nyatakan kepada mereka supaya mencuba dulu perkhidmatan saya dalam skala kecil, jika puas hati dengan hasil yang dibuat, barulah menjalinkan kerjasama dengan skala yang besar. Ini kerana saya percaya kepada rezeki, jika pelanggan yakin dan puas hati dengan kerja kita, rezeki itu akan datang dengan sendirinya,'' katanya.
(Sumber :: Utusan Malaysia)
Unknownnoreply@blogger.com